MAKLUMAT TERKINI BENCANA
Menu
Capaian Pantas
» APIMS - JAS Malaysia » Info Banjir - JPS Malaysia » Jabatan Kerja Raya » Kementerian Kerja Raya » Laman Portal BSFJ » Peta Jalan JKR » Slopes Information
Pautan Luaran
» Jabatan Bomba » Jabatan Meteorologi Malaysia » Jabatan Pengairan & Saliran » Jabatan Pertahanan Awam » Majlis Keselamatan Negara » Polis Di Raja Malaysia » Portal Banjir MKN » Ramalan Cuaca
 Anda di sini : Info Bencana Talian Hotline: 03-2610 7727  
Faks: 03-2694 7550  

Bencana Alam

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 01/01/2008 [ ]     Jumlah Capaian: 82857









 


PENDAHULUAN

Bencana  seperti ditakrifkan dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa yang panjang.

Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku jabatan kerajaan yang melaksanakan projek infrastruktur awam dan juga penyenggaraan prasarana awam akan memberi khidmat dari segi amaran awalan dan juga maklumat-maklumat penting akibat bencana alam yang terjadi di negara ini.


PERINGKAT PENGURUSAN BENCANA

Pengurusan bencana dikategorikan kepada tiga (3) peringkat mengikut sifat-sifat bencana, impak kepada penduduk dan kawasan bencana tersebut. Ketiga-tiga peringkat tersebut adalah seperti berikut:

Peringkat 1

Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Peringkat 2

Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua (2) daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Peringkat 1 dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Peringkat 3

 

Kejadian yang berpunca daripada Bencana Peringkat 2, bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua (2) buah negeri. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar negara.

 

Terma Penggunaan | CMS Login | ©2008, Laman web ini dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).   
(Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.)
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).