MAKLUMAT TERKINI BENCANA
Menu
Capaian Pantas
» APIMS - JAS Malaysia » Info Banjir - JPS Malaysia » Jabatan Kerja Raya » Kementerian Kerja Raya » Laman Portal BSFJ » Peta Jalan JKR » Slopes Information
Pautan Luaran
» Jabatan Bomba » Jabatan Meteorologi Malaysia » Jabatan Pengairan & Saliran » Jabatan Pertahanan Awam » Majlis Keselamatan Negara » Polis Di Raja Malaysia » Portal Banjir MKN » Ramalan Cuaca
 Anda di sini : Info Bencana Talian Hotline: 03-2610 7727  
Faks: 03-2694 7550  

Tanah Runtuh

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 03/09/0012 [ ]     Jumlah Capaian: 82611


"" ""

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku di Malaysia.

Kawasan di mana tanah runtuh boleh berlaku:

1) Kawasan di mana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama,
2) Kaki atau permukaan atas cerun,
3) Kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama, dan 
4) Kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak.

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh:

1) Kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau, dan 
2) Kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai.

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh:

1) Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi,
2) Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima,
3) Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan,
4) Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget/bergerak daripada struktur utama rumah,
5) Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit,
6) Kepecahan serta kebocoran pada paip air,
7) Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar,
8) Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok,
9) Pemendapan ketara permukaan jalan, dan 
10) Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.

 Lagi panduan/maklumat mengenai Tanah Runtuh

 

Terma Penggunaan | CMS Login | ©2008, Laman web ini dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).   
(Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.)
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).