Peranan JKR Dalam Menghadapi Bencana Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem Tarikh Kemaskini : 08/01/2008 [ ]
Jumlah Capaian: 76278 PERANAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) DALAM MENGHADAPI BENCANA
Di dalam sesuatu kejadian bencana, agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan dan bantuan bencana terbahagi kepada tiga (3):-
- Agensi penyelamat utama iaitu terdiri daripada SMART, PDRM, JPBM, Jabatan Perubatan Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan.
- Agensi penyelamat sokongan iaitu Jabatan Pertahanan Awam dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan.
- Agensi-agensi bantuan dan pemulihan iaitu Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), St. John Ambulans, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Malaysia (STMB) dan mana-mana agensi dan badan sukarela yang lain.
PERANAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)
- Memberi sokongan dari segi keperluan loji-loji, kenderaan, kakitangan untuk kerja-kerja mengemas tempat bencana dan pengangkutan.
- Menyediakan tempat berlindung sementara seperti kanopi atau khemah.
- Membekalkan air dan menaikkan tekanan air di kawasan yang memerlukannya. (tindakan pihak berkuasa bekalan air)
- Menyediakan perkhidmatan teknikal dan pakar dalam bidang kejuruteraan forensik (pakar), geoteknik, struktur dan lain-lain seperti dalam kes tanah runtuh dan kegagalan struktur.
- Menyediakan kerja-kerja baikpulih seperti cerun runtuh dan sebagainya.
- Menyediakan Senarai Data Kelengkapan dan Senarai Kakitangan dalam masa bencana.
|