e-Bencana Alam - Jabatan Kerja Raya Malaysia(JKR)
  MAKLUMAT TERKINI BENCANA
Menu
Capaian Pantas
» e-Banjir » Jabatan Kerja Raya » Kementerian Kerja Raya » Laman Portal BSFJ
Pautan Luaran
» Jabatan Bomba » Jabatan Meteorologi Malaysia » Jabatan Pengairan & Saliran » Jabatan Pertahanan Awam » Majlis Keselamatan Negara » Polis Di Raja Malaysia » Ramalan Cuaca
 Anda di sini : Muka Hadapan Talian Hotline: 03-2696 7727  
Faks: 03-2694 7550  

Hujan lebat peringkat jingga sehingga Selasa

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 21/12/2009 [ ]     Jumlah Capaian: 16207

KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Kelantan dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Selasa malam. Hujan sekejap-sekejap yang kadangkala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di beberapa jajahan seperti Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan berdekatan dengan tebing sungai.
Jabatan berkenaan turut mengeluarkan amaran dan nasihat mengenai hujan lebat peringkat kuning di Johor yang dijangka berterusan sehingga hari ini. Hujan sekejap-sekejap yang kadangkala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di Mersing, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Di Terengganu dan Pahang pula, hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat yang bermula Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga Selasa malam.
Daerah yang dijangka mengalami hujan lebat di Terengganu ialah Dungun, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman, manakala daerah di Pahang ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Kenyataan jabatan berkenaan turut menyatakan keadaan hujan lebat berterusan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan yang berdekatan tebing sungai
.

Petikan- Bernama

Terma Penggunaan | CMS Login | ©2008, Laman web ini dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).   
(Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.)
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).