e-Bencana Alam - Jabatan Kerja Raya Malaysia(JKR)
  MAKLUMAT TERKINI BENCANA
Menu
Capaian Pantas
» e-Banjir » Jabatan Kerja Raya » Kementerian Kerja Raya » Laman Portal BSFJ
Pautan Luaran
» Jabatan Bomba » Jabatan Meteorologi Malaysia » Jabatan Pengairan & Saliran » Jabatan Pertahanan Awam » Majlis Keselamatan Negara » Polis Di Raja Malaysia » Ramalan Cuaca
 Anda di sini : Muka Hadapan Talian Hotline: 03-2696 7727  
Faks: 03-2694 7550  

Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 440 orang

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 22/12/2009 [ ]     Jumlah Capaian: 16523

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan mangsa banjir yang dipindahkan hanya di Rantau Panjang.

Sehingga 8.30 pagi ini, seramai 440 orang dari 117 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah itu iaitu di Stesen Keretapi Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaaan Gual Tinggi.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.72 meter. Paras bahaya sungai itu ialah 9 meter. "Paras air itu semakin menurun berbanding 10 meter yang dicatat semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata hanya satu jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di KM11 Kampung Kubang Rambutan.

Petikan- Bernama

Terma Penggunaan | CMS Login | ©2008, Laman web ini dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).   
(Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.)
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).