e-Bencana Alam - Jabatan Kerja Raya Malaysia(JKR)
  MAKLUMAT TERKINI BENCANA
Menu
Capaian Pantas
» e-Banjir » Jabatan Kerja Raya » Kementerian Kerja Raya » Laman Portal BSFJ
Pautan Luaran
» Jabatan Bomba » Jabatan Meteorologi Malaysia » Jabatan Pengairan & Saliran » Jabatan Pertahanan Awam » Majlis Keselamatan Negara » Polis Di Raja Malaysia » Ramalan Cuaca
 Anda di sini : Muka Hadapan Talian Hotline: 03-2696 7727  
Faks: 03-2694 7550  

Banjir Pulih Di Kuala Krai, Rantau Panjang Ditengelami Air

Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 22/12/2009 [ ]     Jumlah Capaian: 15388

KOTA BAHARU, 21 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Kuala Krai dilaporkan pulih petang ini apabila pusat pemindahan di jajahan itu ditutup tetapi kawasan di sekitar Rantau Panjang ditenggelami air sedalam satu meter selepas air Sungai Golok melimpahi tebing.Bagaimanapun kawasan membeli belah bebas cukai Rantau Panjang tidak terjejas.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, jumlah mangsa banjir meningkat di Rantau Panjang meningkat kepada 440 orang petang ini berbanding seramai 344 orang pagi tadi.

"Keadaan itu menyebabkan dua pusat pemindahan baru dibuka di jajahan Rantau Panjang. Sehingga kini terdapat seramai 440 orang membabitkan 117 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Stesen Keretapi Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi," katanya kepada Bernama Isnin.

Jurucakap itu berkata Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi paras bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik.

"Selain Sungai Golok di Rantau Panjang, kebanyakan sungai lain berada di atas paras normal dengan hanya satu sungai berada di atas paras berjaga-jaga (12m) iaitu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah yang mencatat 12.87m dengan paras bahaya 16m," katanya.

Beliau berkata, keadaan lalulintas juga tidak berubah dengan hanya satu jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di KM11 Kampung Kubang Rambutan.Sehingga petang ini, taburan hujan dilaporkan sederhana.

Petikan - BERNAMA

Terma Penggunaan | CMS Login | ©2008, Laman web ini dibangunkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).   
(Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.)
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).