Bangunan Rosak

Dikemaskini Oleh : haizul
Tarikh Cipta : 14/11/2012    Capaian: 47299


Walaupun bisnes utama JKR adalah lebih ditumpukan di bidang pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur jalan seperti jalan raya, jambatan, dan pembetung, JKR juga terlibat dalam pembinaan serta penyenggaraan bangunan-bangunan awam atau bangunan-bangunan kerajaan.

Risiko bencana yang melibatkan penutupan jalan demi keselamatan orang awam akibat bangunan rosak atau runtuh adalah amat rendah dan jarang-jarang berlaku. Namun begitu, berdasarkan kepada Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara, JKR sebagai agensi sokongan kepada kerajaan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berikut:-

  1. Memberi khidmat pakar dan forensik terhadap sesuatu bangunan yang mengalami kerosakan untuk menilai kekukuhan struktur tersebut.
  2. Memberi khidmat nasihat kepada penyelamat dan komander di tapak terhadap cara untuk mengukuhkan struktur bagi kerja-kerja penyelamat
  3. Menyediakan logi, jentera dan peralatan untuk kerja-kerja cari dan selamat
  4. Menutupkan jalan di mana kerja-kerja cari dan selamat sedang dijalankan dan memasang papan tanda lencongan laluan alternatif kepada orang awam.

Antara situasi-situasi yang akan melibatkan JKR termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -

  1. Bencana tsunami atau gempa bumi yang menyebabkan kerosakan yang banyak terhadap bangunan-bangunan awam
  2. Letupan dan kebakaran terhadap bangunan awam yang berkemungkinan telah menjejaskan kekukuhan struktur bangunan

 

Pengumuman
Hubungi Kami
Capaian Pantas
Bual Bicara Bencana
Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Statistik Pengunjung

Status Bilik Gerakan Bencana Dibuka