PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN

Dikemaskini Oleh : muhdfaiz
Tarikh Cipta : 22/10/2019    Capaian: 32


PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga awal November 2019. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat yang telah bermula pada 6 Mei 2019. Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir.

Semasa peralihan monsun, keadaan cuaca yang lazim berlaku adalah ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh. Sehubungan itu, cuaca berjerebu yang melanda rantau negara dijangka bertambah baik.

 

Pengumuman



Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga awal November 2019. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat yang telah bermula pada 6 Mei 2019. Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir.

 



Hubungi Kami
Capaian Pantas
Bual Bicara Bencana
Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Statistik Pengunjung

Status Bilik Gerakan Bencana Dibuka