PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT 2019/2020

Dikemaskini Oleh : muhdfaiz
Tarikh Cipta : 24/10/2019    Capaian: 39


SIARAN MEDIA  22 OKTOBER 2019

PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT 2019/2020

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada
24 Oktober 2019 sehingga Mac 2020. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod
hujan lebat dijangka berlaku.

Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu sehingga awal Januari 2020, episod hujan
lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Manakala pada awal
Januari dan Februari 2020, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak serta
Sabah.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir
di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan
lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi
lebih buruk. Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh
menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan
sentiasa peka dengan nasihat/amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut
bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi
Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Orang ramai
boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang
pertanyaan lanjut.

Sumber: 
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim

http://www.met.gov.my/

 

Pengumuman



Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga awal November 2019. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat yang telah bermula pada 6 Mei 2019. Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir.

 



Hubungi Kami
Capaian Pantas
Bual Bicara Bencana
Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Statistik Pengunjung

Status Bilik Gerakan Bencana Dibuka