Lain-lain Bencana

Dikemaskini Oleh : admin
Tarikh Cipta : 02/01/2008    Capaian: 33344


Selain daripada kategori-kategori bencana yang biasanya dikendalikan oleh JKR seperti Banjir, Tanah/Cerun Runtuh, Tanah Mendap, Bangunan Rosak dan Jambatan Rosak, JKR juga bertanggungjawab kepada bencana-bencana yang lain sebagai agensi sokongan seperti digariskan dalam Arahan No.20 - Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara. Iaitu:-

  1. Bencana Alam (termasuk ribut/taufan, kemarau, tsunami dan gempa bumi)
  2. Bencana Industri (termasuk kebakaran, letupan, kebocoran bahan-bahan berbahaya / kimia)
  3. Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya
  4. Kegelinciran kereta api yang melibatkan jumlah mangsa dan kemusnahan harta yang besar
  5. Kebakaran yang besar dan melibatkan strukutur khas atau bangunan tinggi yang mempunyai ramai orang
  6. Kemalangan udara terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai orang
  7. Pecahan empangan atau takungan air
  8. Kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear yang berkemungkinan merebak dan mengakibatkan kehilangan nyawa, pencemaran serta menjejas akitivi setempat
  9. Kejadian jelebu yang menimbulkan kecemasan alam sekitar dan mengugat keselamatan
  10. Kejadian wabak yang tidak terkawal

Walau bagaimanapun, kejadian-kejadian kemalangan kenderaan, letupan, kebakaran kecil atau kemalangan kecil di tasik atau sungai tidak ditakrifkan sebagai Bencana apabila ia boleh dikendalikan oleh Agensi Penyelamat setempat dengan sumber atau kemudahan yang minima di peringkat tempatan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang MKN

 

Pengumuman
Hubungi Kami
Capaian Pantas
Bual Bicara Bencana
Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Statistik Pengunjung

Status Bilik Gerakan Bencana Dibuka