Jambatan Rosak

Dikemaskini Oleh : admin
Tarikh Cipta : 11/01/2008    Capaian: 33338


Pada musim hujan, jambatan-jambatan di jalan persekutuan dan jalan negeri juga terdedah kepada kerosakan yang boleh menjadikan jambatan tersebut tidak selamat untuk digunakan. Antara senario yang boleh menyebabkan jambatan ditutup kepada pengguna awam adalah seperti berikut:-

  1. Jambatan runtuh di bawa aliran sungai yang deras akibat hujan lebat dari hulu sungai
  2. Struktur jambatan lemah akibat hakisan sungai dan disahkan tidak selamat oleh jurutera JKR
  3. Struktur jambatan lemah yang mengalami kerosakan akibat dilanggar oleh pokok tumbang yang di bawa oleh arus
  4. Jambatan yang ditenggelami air sungai akibat banjir


Sebagai langkah bagi mengatasi perkara tersebut, JKR akan menutupkan jalan tersebut, memasang papan tanda lencongan dan memasang jambatan kelului bermodular. Jalan tersebut akan dibuka kembali kepada kegunaan orang awam setelah jambatan keluli bermodular selesai dipasang.


 

Pengumuman
Hubungi Kami
Capaian Pantas
Bual Bicara Bencana
Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Statistik Pengunjung

Status Bilik Gerakan Bencana Dibuka