Banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 04/01/2022 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 66167

Banjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku di Malaysia. Sembilan puluh tujuh peratus (97%) air di bumi merupakan air laut dan cuma 0.014% terdapat di tasik, sungai, bawah tanah dan di udara. Banjir adalah merupakan limpahan air yang berlebihan bagi sesuatu sistem saliran. Bencana banjir yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat / ribut tropika dan banjir monsun.

Banjir kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang tidak mampun menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.

Banjir monsun pula berlaku dalam tempoh spesifik iaitu musim Tengkujuh Timur Laut dari bulan Oktober sehingga Februari dan musim Tengkujuh Barat Daya yang kebiasaannya bermula pada bulan Mei sehingga Ogos. Antara Negeri-Negeri yang banjir akibat hujan monsun Tengkujuh Timur Laut adalah Negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah dan Sarawak. Manakala Banjir yang berlaku di Negeri Perlis dan Kedah adalah diakibatkan oleh hujan monsun Tengkujuh Barat Daya.

Peranan dan tanggungjawab JKR dalam pengurusan bencana banjir yang dijangka akan melanda Negeri-Negeri di Malaysia setiap tahun adalah seperti berikut:-
 

  1. Memasangkan penanda kayu di kedua-dua belah jalan persekutuan atau jalan negeri yang sering dilanda banjir bagi memantau ketinggian paras air banjir.
  2. Membuat pemeriksaan terhadap cerun, pembetung, jambatan dan sistem saliran untuk memastikan ia selamat dan tidak tersumbat
  3. Menyimpan stok bahan pembinaan untuk kerja-kerja kecemasan serta jambatan kelului bermodular (bailey bridge)
  4. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecemasan terhadap jalan yang rosak akibat banjir
  5. Menutup jalan yang dilanda banjir, memasang papan tanda lencongan laluan alternatif atau membina jalan alternatif supaya akitiviti masyarakat setempat tidak terjejas.
  6. Menghulukan bantuan dari segi logistik, peralatan dan jentera kepada agensi-agensi kerajaan yang lain sekiranya terdapat keperluan.

Maklumat terkini berkaitan dengan amaran paras air sungai dan  cuaca buruk yang bermungkinan akan mengakibatkan banjir, boleh didapati di laman sesawang yang berikut:-

  1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
  2. Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia (JPS)

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Kampung Pulai dan Ulu Pulai, Selasa lalu. - Ihsan Bomba

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,481,848

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 732
Tahun ini : 100550
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).