Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 03/01/2022 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 38598
Jalan mendap adalah pergerakan tanah ke arah bawah atau tergelongsor kerana tidak berupaya untuk menampung beban. Tanah mendap boleh terjadi akibat situasi-situasi yang berikut:-
- Tanah jenis lemah / tidak sesuai yang tidak berupaya untuk menanggung beban di atasnya (seperti tanah yang mempunyai kandungan organik yang tinggi).
- Air bawah tanah terganggu, di mana air bawah tanah menurun atau tanah menghilang kelembapan secara tiba-tiba (seperti pengekstrakan air bawah tanah, mendalamkan sungai di mana paras air bawah tanah juga menurun dan lain-lain)
- Pergerakan air di bawah tanah
- Pencairan tanah akibat pergerakan tanah seperti gempa bumi
- Tanah secara tiba-tiba menerima kandungan kelembapan yang terlampau banyak dan mengakibatkan fizikal tanah menjadi lembik dan tidak kukuh.
Bagi senario yang biasanya berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada faktor yang ke-lima iaitu tanah menerima kandungan air yang terlampau banyak terutamanya pada musim hujan di mana struktur tanah di bawah turapan jalan menjadi lembik dan tidak berupaya untuk menampung beban sehingga mendap.