Berita Cawangan : Pemasangan Jambatan Panel Berkeluli
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/05/2008 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1763
Pada 23 April 2008, di Daerah Alor Gajah, Melaka berlaku kejadian kerosakan terhadap Jambatan akibat daripada hujan lebat yang telah meruntuhkan sebahagian besar ‘approach’ jambatan di M153, Jalan Padangan Kambing dan M132, Jalan Air Paabas. Cawangan Senggara Fasiliti Jalan telah diminta memasang Jambatan sementara iaitu Jambatan Panel Keluli di lokasi M153 Jalan Padangan Kambing manakala di M132 Jalan air Paabas di pasang oleh Unit Tentera Kem Terendak.
Pemasangan adalah bertujuan bagi mengelakan gangguan terhadap lalulintas oleh kerana laluan tersebut merupakan laluan utama. Keterangan lanjut mengenai kejadian adalah seperti berikut :
Pemasangan Pertama :
Tarikh Kejadian: 23 April 2008
Lokasi Pemasangan: Jalan Padang Kambing, Alor Gajah
Tarikh Pemasangan: 25 April 2008
Tarikh Siap: 28 April 2008
Nombor Laluan / Seksyen: M 153 / 2.1
Jenis Jambatan Panel Keluli: Compact 200
Panjang Jambatan: 110 Kaki
Di pasang oleh: Pasukan Jambatan Panel Keluli JKR Temerloh
Pemasangan Kedua :
Tarikh Kejadian: 23 April 2008
Lokasi Pemasangan: Jalan Air Paabas, Alor Gajah
Tarikh Pemasangan: 1 Mei 2008
Tarikh Siap: 2 Mei 2008
Nombor Laluan / Seksyen: M 132 / 5.4
Jenis Jambatan Panel Keluli: Standard Bailey
Panjang Jambatan: 60 Kaki
Di pasang oleh: Unit Tentera, Kem Terendak Melaka
Laporan disediakan oleh :
Unit Mekanikal
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan