Bagaimana Taufan Mendapat Nama

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/05/2008 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 2316

BAGAIMANA taufan mendapat nama dan mengapa nama orang sering dikaitkan dengan bencana alam berkenaan.

Mengikut laporan Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), nama taufan diberi oleh negara yang terjejas. Negara seperti Filipina dan Jepun yang sering menerima bencana alam itu memberi nama taufan berdasarkan unsur atau identiti taufan yang melanda.

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa Taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Bagi Asia Pasifik (ESCAP) bagi mempromosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat ribut tropika dan taufan di rantau itu.

Malaysia menyertainya pada 1976 yang mana jawatankuasa itu mempunyai 14 negara ahli termasuk Kemboja, Laos, Filipina, China, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan, Korea Utara, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Pada 2000-2001, senarai baru dikeluarkan oleh Jawatankuasa itu dengan setiap negara anggota menamakan taufan dengan menampilkan identiti serantau yang menggunakan nama tempatan serta dipilih daripada nama bunga, makanan, haiwan, ikan, manusia dan sebagainya.

Setiap negara menyumbang 10 nama kepada jawatankuasa itu, bermakna 141 nama setiap pusingan. Penggunaan nama taufan dilakukan secara pusingan mengikut senarai yang disediakan.

Malaysia contohnya mencadangkan nama seperti Jelawat, Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar yang dicadangkan Malaysia digunakan pada taufan yang melanda Filipina dan Vietnam pada Mei 2005.

Taufan Durian, yang melanda Filipina dan Vietnam pada 2006 pula itu bukan cadangan Malaysia walaupun buah itu dikenali sebagai ‘Raja Buah’ di negara ini. Nama berkenaan diberikan Thailand.

Mengenai taufan Nargis, ia dinamakan sempena nama aktres India pada 1940-an dan 1950an yang popular hingga kini, Nargis.

Jawatankuasa itu bagaimanapun berpendapat adalah lebih baik nama taufan yang sudah digunakan mungkin digugurkan jika ia menyebabkan kadar kematian atau kerosakan harta benda yang tinggi.

Nama taufan yang sudah dihapuskan termasuk Andrew, Diana, Georges, Jane, Mitch, Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan. Sehubungan itu, kemungkinan selepas ini kita tidak lagi mendengar nama Katrina dan Nargis yang dikategorikan sebagai terburuk pernah berlaku di dunia.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,805

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 29
Hari Ini : 718
Tahun ini : 310507
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).