Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 19/12/2007 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1003
Banjir yang melanda beberapa negeri sejak dua minggu lalu belum menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan hampir 40,000 mangsa dijangka terpaksa menyambut ketibaan Aidiladha di pusat-pusat pemindahan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak setinggi tiga meter yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan barat Sabah dijangka berterusan sehingga 29 Disember ini.