Jalan Ditutup Akibat Tanah Mendap
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 24/12/2007 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1578
Jalan alternatif dari Kota Bahru ke Gua Musang yang melalui jalan negeri iaitu Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong 29, KM 45 dari Gua Musang (Meranto) telah ditutup kepada semua lalulintas sejak 22 Disember 2007 lalu akibat kejadian tanah mendap.
Berikut adalah beberapa laluan alternatif yang boleh dilalui:
1. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke Kuantan – FT 003 Kuantan – Kuala Terengganu – Kota Bharu.
2. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ke Kuala Kangsar – FT 076 Gerik – FT 004 Jeli.
Ekoran daripada kejadian itu, satu lencongan baru kini sedang dibuat di KM 55 dari Gua Musang , Jalan Gua Musang – Kuala Krai (FT008) dan ia dijangka siap pada 25 Disember 2007 sebagai laluan alternatif kepada pengguna.