Laporan Status Kejadian Banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 19/12/2005 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 788

Secara umumnya keadaan banjir di negeri Terengganu, Kelantan , Kedah dan Perlis beransur pulih setakat 8.00 pagi 19 hb.Disember 2005. Di Terengganu Laluan 3 dan Laluan 14 telah dibuka kepada semua kenderaan. Jalan yang masih ditutup adalah Laluan 3685 iaitu Jalan Penarik ke Jalan Permaisuri. Manakala di Kelantan kebanyakan Jalan Utama telah dibuka kecuali Laluan 3, Jalan Pasir Mas/Rantau Panjang dan Laluan196 Jalan Jedok/ Rantau Panjang/Jeram Perdah.

Di Kedah daerah-daerah bahagian utara beransur pulih manakala di selatan masih tidak berubah. Laluan 1, Jalan Tanah Merah/Jitra seksyen 872-874.5 masih ditenggelami air sedalam 1.5m setakat 6.00 petang 18 Disember 2005 dan masih di tutup kepada semua kenderaan.Bagaimana pun banjir di Perlis masih tidak berubah dan paras air masih bertahan Laluan 186 Jalan Simpang Tiga/Bohor Pulai masih ditutup kepada semua kenderaan.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,880

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 13
Hari Ini : 793
Tahun ini : 310582
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).