BANJIR KEMBALI MELANDA DI TERENGGANU
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 23/12/2005 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1101
Banjir yang mula reda pada pertengah minggu ini, kembali melanda apabila beberapa batang air sungai utama di negeri berkenaan melimpah. Beberapa jalan kembali ditutup apabila paras air di atas jalan hampir melebihi 1.0m. Di antara jalan yang ditutup adalah FT 3684 Seksyen 25 Jalan Besut - Tembila dengan air sedalam 1.0m dan ditutup kepada semua kenderaan.
Laluan FT 14, Seksyen 155.8 juga ditutup kepada kenderaan ringan, dengan air 0.4m dari paras jalan.(laporan diterima jam 11.00 pg 23/12/2005)