TANAH RUNTUH AKIBAT BANJIR

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 26/12/2005 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 1732

Kejadian banjir yang dilaporkan pada awal minggu lalu telah kembali pulih dengan ke semua jalan-jalan utama dibuka semula. Menurut laporan dari Bilik Gerakan Bencana JKR Negeri masih terdapat jalan yang ditutup namun kebanyakan adalah akibat kejadian tanah runtuh.

Bagi Negeri kedah di antaranya adalah Laluan K 20 Km 15.9 Jalan Padang Sanai ? Sintok dan FT 175 Km 92.5 Jalan Pedu ? Mong Gajah kedua-dua jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh. Bagi Jalan Pedu ? Mong Gajah, pengguna boleh mengunakan jalan alternative Naka ? Nami. Kelantan juga masih terdapat jalan yang masih ditutup akibat banjir seperti, Laluan D22 Jalan Pasir Mas ? Rantau Panjang iaitu di Kg. Siram, air masih sedalam 0.25 m dan ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan-jalan yang ditutup akibat tanah runtuh adalah, FT 185 Jalan Loging ? Kuala Betis ? Gua Musang di Km 9.5 dimana jalan dibuka selorong, Laluan D 237 Km 2 Jalan Bertam Baru ? Kg Baru Limau Kasturi jalan juga dibuka selorong akibat cerun runtuh dan Laluan D 203 Jalan Pekeliling hadapan pejabat JKR di Daerah Jeli jalan tersebut ditutup sepenuhnya, namun pengguna boleh menggunakan jalan dalam bandar sebagai jalan alternatif. Laluan T11 di Daerah Setiu Km 29.6 Jalan Kuala Berang ? Sungai Tong ( Kg. Tayu) ditutup kepada semua kenderaan akibat pembentung CMP runtuh. Pengguna jalanraya yang menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan banjir dan tanah runtuh dinasihati mematuhi papan tanda arahan yang sediakan oleh JKR Daerah. Gambar JKR Gua Musang.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,776

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 35
Hari Ini : 689
Tahun ini : 310478
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).