Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 11/01/2006 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 2145
Lebih 5,000 penduduk kawasan rendah di tujuh buah kampung di Layang-Layang, Renggam dan Simpang Renggam di Kluang diminta bersedia untuk berpindah berikutan hujan lebat sejak awal pagi 8hb.Januarai 2006. Sehingga petang ini, paras air di beberapa sungai utama Segamat dilaporkan agak tinggi. Sungai Muar di Buloh kasap sudah melepasi paras bahaya iaitu 8.6 meter.
Ketua Polis Segamat memberitahu pihak berkuasa telah menyediakan talian kecemasan untuk dihubungi oleh orang ramai dengan menghubungi Bilik Gerakan Banjir iaitu 07-9312222.