6 NEGERI YANG DILANDA BANJIR BERANSUR PULIH

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 26/12/2006 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 999

Laporan daripada Bilik Gerakan JKR Negeri Johor mengatakan beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan. Di antaranya di daerah Segamat Jalan masuk Ke Felda Pemanis, Jalan Segamat - Tangkak (FT 023, Pekan Labis, Jambatan Sg. Kudong Bekok (J 150), Jalan Kuala Paya - B. Badang (J 155), Jalan Ke Simpang Lou (J 157), dan Jalan Pagoh 3 (J 041). Daerah Kluang jalan-jalan yang ditutup sebelum ini telah dibuka sepenuhnya.

Manakala di Daerah Kota Tinggi pula beberapa jalan utama ke Kota Tinggi masih ditutup kepada semua kenderaan di antaranya Jalan Tun Habab (FT 091), Jalan Tun Sri Lanang (FT 003), Jalan Kota Kecil, Jalan Kampung Kelantan, Bandar Kota Tinggi dan Jalan Lukut Cina. Bagi Daerah Muar dan Batu Pahat pula jalan-jalan yang ditutup adalah melibatkan jalan felda dan beberapa jalan negeri. Laporan yang diperolehi daripada Jabatan Kajicuaca menyatakan cuaca beransur baik sehingga Jumaat (29/12/2006).

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,738

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 22
Hari Ini : 651
Tahun ini : 310440
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).