Kejadian Tanah Runtuh Di Lebuhraya Utara-Selatan Dekat Gua Tempurung
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/10/2004 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 2828
Laluan hala arah ke selatan di Kilometer 302 Lebuhraya Utara Selatan ditutup selama tiga bulan bagi membaiki kerosakkan teruk pada 3 daripada 16 galang jambatan akibat kejadian tanah runtuh berserta banjir lumpur pada 11 Oktober 2004 kira-kira jam 7:21 malam dekat Gua Tempurung. Ini dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu dalam taklimatnya kepada pihak media pada 13 Oktober 2004.
Antara punca kejadian pada 11 Oktober lepas adalah disebabkan runtuhan kecil pada peringkat awal yang menyebabkan kayu, batu-batu kecil, dan sampah membentuk takungan pada ketinggian 700 meter di atas bukit di belakang cerun lebuh raya. Akibat hujan lebat dua tiga hari sebelum kejadian, takungan yang terjadi dari runtuhan kecil tadi dilimpahi dengan air yang mengakibatkan struktur tanah tidak lagi mampu menampung takungan lalu runtuhan besar berlaku. Langkah-langkah telah diambil oleh pihak PLUS bagi mengatasi masalah kesesakan. Ini kerana hanya laluan hala utara yang tidak terjejas dibuka kepada lalulintas untuk kedua-dua hala.
Pihak PLUS telah membuat lencongan kenderaan dari arah utara menuju ke selatan dengan keluar ke Tol Gopeng dan masuk semula di Tol Tapah manakala dari selatan keluar ke Tol Tapah dan masuk di Tol Gopeng. Bagaimanapun jika jumlah kenderaan pada peringkat biasa, atau tidak terlalu banyak laluan kearah utara boleh digunakan untuk laluan dua hala. Sempena menjelang musim perayaan pada pertengah November pihak PLUS telah merangka pengurusan trafik yang efisyen agar pertambahan kenderaan yang dijangka melebihi 200 peratus dapat mengunakan Lebuhraya Utara Selatan bagi perjalan balik kampung. Dengan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil, penggunan Lebuhraya Utara Selatan dapat berjalan lancar dan selamat tiba di kampung halaman masing-masing.