Tanah Runtuh Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 03/11/2004 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 2754

Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 dekat Bukit Tinggi, Bentong kira-kira pukul 8 malam 1 November 2004 yang mengakibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak ditutup kepada lalulintas. Bagaimanpun jurucakap polis Bilik Gerakan Daerah Bentong mengesahkan tiada laporan kemalangan jiwa diterima.

Keseluruhan laluan di lebuhraya di tempat kejadian telah di tutup buat sementara oleh pihak pengurusan MTD-Prime Sdn. Bhd. kerana dipenuhi tanah runtuh.Kerja-kerja pembersihan telah dibuat dengan segera bagi kemudahan pengguna jalan raya..Setakat pukul 12 tengah malam ini satu lorong telah dibuka untuk kegunaan lalulintas dari kedua-dua hala. Sementara itu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Velu berkata, satu kawasan cerun yang bermasaalah teruk telah juga dikenal pasti di kawasan tanah runtuh berkenaan yang mempunyai masaalah dari segi kestabilan struktur tanahnya. Jelas beliau lagi, bagi mengawal keadaan trafik, laluan yang menuju ke Kuantan akan dibersikan untuk dijadikan laluan kontra ke Kuala Lumpur. Beliau meminta orang ramai yang ingin maklumat lanjut menghubungi pihak MTD- Prime Sdn. Bhd di talian 09-2330100.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,789

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 33
Hari Ini : 702
Tahun ini : 310491
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).