Tanah Runtuh Di Jalan Gap-Raub Dan Kuala Lumpur-Bentong
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/11/2004 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1080
Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku di sepanjang Laluan 55 Jalan Gap-Raub dan Laluan 68 Jalan Kuala Lumpur-Bentong pada 2 November 2004. Sebanyak 63 kejadian tanah runtuh telah berlaku di sepanjang Jalan Gap-Raub yang mengakibatkan jalan terpaksa ditutup apabila beberapa batang pokok tumbang merentasi jalan termasuk tanah runtuh.
Kejadian ini mula dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi.Pihak JKR Daerah Raub telah mengambil tindakan pantas dengan membuat kerja-kerja pembersihan disepanjang laluan tersebut. Jalan dibuka semula kepada semua kenderaan pada pukul 12.30 tengahari. Manakala bagi Jalan Kuala Lumpur-Bentong pula terdapat sebuah lori tergelincir dan mendap di tepi tebing dengan badan lori tersebut menghalangi laluan. Usaha-usaha diteruskan untuk menarik lori tersebut.