MRR2 DIBUKA KEPADA KENDERAAN RINGAN

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 24/11/2004 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 856

Jejambat antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan persimpangan Taman Bukit Maluri, Kepong di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) telah dibuka kepada kenderaan ringan yang tidak melebihi 2.5m tinggi dan tidak melebihi 4 ton pada 12 November 2004. Pembukaan terhad ini dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dengan pembukaan tersebut adalah dijangka kesesakan jalanraya akan berkurangan di musim perayaan dan memudahkan pengguna- pengguna yang melalui Lebuh Raya tersebut dari arah Batu Caves dan Jalan Kuching untuk ke Sg. Buluh atau pun memasuki Tol Sg. Buluh dan meneruskan perjalanan ke utara atau selatan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan. Seterusnya kenderaan berat dari arah Batu Caves atau Jalan Kuching yang hendak ke utara boleh menggunakan laluan menuju ke Rawang dan kemudian masuk di Tol Rawang. Manakala ke selatan pula bolehlah menggunakan jalan susur disebelah jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ke persimpangan Taman Bukit Maluri, Kepong.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,859

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 16
Hari Ini : 772
Tahun ini : 310561
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).