MRR2 DIBUKA KEPADA SEMUA KENDERAAN

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 09/12/2004 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 861

Jejambat antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan persimpangan Taman Bukit Maluri, Kepong di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) yang ditutup sejak Ogos lalu kepada kenderaan telah dibuka kepada semua jenis kenderaan mulai tengah malam 6 Disember 2004. Jejambat tersebut telah dibuka secara berperingkat kepada kenderaan ringan pada 12 November 2004.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata bagaimanapun hanya empat daripada enam lorong di MRR2 iaitu dua lorong kanan pada kedua-dua hala dibuka kepada semua kenderaan. ? Lorong kiri sekali masih ditutup untuk semua kenderaan sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dalam masa sebulan lagi? katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Profesional Peringkat Kebangsaan 2004 di Hotel Hilton di sini . Beliau menjelaskan JKR membuat keputusan tersebut setelah meneliti laporan yang dibuat oleh perunding bebas Halcrow Group Ltd.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,861

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 18
Hari Ini : 774
Tahun ini : 310563
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).