Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 18/10/2005 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 792
Jejambat Lebuh Raya Tengah 2(MRR2), di Kepong yang sebelum ini retak selamat digunakan dan akan dibuka sepenuhnya kepada kenderaan pertengahan tahun depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata empat daripada enam lorong masih boleh digunakan walau pun terdapat keretakan pada tiang sambut jejambat tersebut sejak dua tahun lalu.
Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawtankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad yang memetik kenyataan syarikat perunding MRR2, Halcrow Group Limited bahawa jejambat MRR2 itu hanya mempunyai hayat selama 2 tahun lagi.Bagaimanapun Halcrow Group menafikan dakwaan ia mengeluarkan amaran bahawa jejambat itu tidak selamat digunakan.