Situasi Terkini Banjir dan Ramalan Cuaca.
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/01/2008 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 1380
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengeluarkan amaran keadaan hujan yang dijangka menimpa negeri Johor dan Pahang seperti berikut-
a. Bagi Negeri Johor terutamanya di daerah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang dan Johor Bahru dijangka
berlaku hujan sederhana kadangkala lebat dari semasa ke semasa yang akan berterusan sehingga Selasa,
8 Januari 2008. Manakala bagi daerah lain seperti Muar, Batu Pahat dan Pontian hujan sederhana kadangkala
lebat dijangka berlaku dan akan berterusan sehingga Ahad, 6 Januari 2008.
b. Bagi Negeri Pahang terutamanya di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Bera dijangka berlaku hujan
sederhana kadangkala lebat dari semasa ke semasa yang akan berterusan sehingga Selasa, 8 Januari 2008.