Jepun Keluar Amaran Tsunami
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 30/09/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 63035
TOKYO: Jabatan Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kuat serta tsunami melanda Kepulauan Samoa.
Amaran itu menyebut ombak bakal melanda sehingga 50 sentimeter (20 inci) yang melanda Kepulauan Pasifik.
Ombak pertama dijangka melanda Pulau Ogasawara di 1,000 kilometer (km) di Selatan Tokyo, sekitar jam 11 pagi waktu tempatan (0200 GMT), menurut agensi itu.
Petikan: Berita Harian