Amaran angin kencang, laut bergelora enam negeri
Disediakan Oleh : Pentadbir Portal & Sistem
Tarikh Kemaskini : 05/01/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 925
Penduduk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah Barat dan Kudat dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti di laut berikutan angin kencang dan laut bergelora yang berlaku dan dijangka berterusan hingga hari ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, amaran angin kencang dikeluarkan berikutan arah dan kelajuan angin Timur Laut antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak 3.5 meter berlaku dan berbahaya kepada bot kecil dan semua aktiviti rekreasi laut.
Bagaimanapun, amaran hujan lebat peringkat jingga iaitu hujan sederhana kadangkala lebat bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan semalam menunjukkan ia hanya berlaku setakat semalam.