Banjir di Kemaman tidak berubah, setiu beransur baik
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 05/01/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 892
Keadaan banjir di Kemaman tidak berubah sementara di Setiu beransur pulih pagi ini, dengan keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu kini 445 orang berbanding 349 orang petang semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata daripada jumlah itu, seramai 407 orang di Kemaman dan 38 orang di Setiu.
Di Kemaman, 11 pusat pemindahan telah dibuka sehingga pukul 8.45 pagi ini manakala di Setiu sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Tasik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pusat-pusat pemindahan di Kemaman ialah di Dewan Orangramai Kampung Teladas, Bangunan GWT Felda Seberang Tayor, Balairaya Batu 14, Rumah JKKK Kampung Dadong, Dewan Serbaguna Padang Kubu, Tadika Padang Kubu, Surau Seberang Tayor, Masjid Batu 16 Tebak, Balairaya Ibok, Balairaya Kampung Padang Kemunting dan Dewan Sivik Kampung Pasir Gajah.
Sementara itu, keadaan cuaca di sini mendung ketika ini. - Sumber: Bernama