Banjir di Terengganu hampir pulih

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 14446

Keadaan banjir di Setiu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak petang semalam, sementara di Kemaman jumlah mangsa berkurangan kepada 33 orang pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata dua buah lagi pusat pemindahan masih beroperasi di Kemaman iaitu di Balairaya Kampung Padang Kemunting yang menempatkan 32 orang manakala seorang lagi tinggal di rumah JKKK Kampung Dadong.

Beliau berkata, keadaan banjir di Kemaman dijangka pulih sepenuhnya jika keadaan cuaca cerah hari ini.

Jurucakap itu berkata paras air di semua sungai utama di Terengganu hari ini berada pada paras biasa.

Sumber: Bernama

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,525

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 104
Tahun ini : 313227
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).