Mangsa banjir di Pahang mula berkurangan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 831

Jumlah mangsa banjir di Pahang yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di tiga daerah yang terlibat berkurangan daripada 2,717 orang semalam kepada 1,448 orang pagi ini.

“Daerah Pekan masih mencatatkan mangsa pemindahan tertinggi iaitu seramai 934 orang melibatkan 197 keluarga, manakala daerah Kuantan pula seramai 473 orang daripada 109 keluarga di sembilan kawasan penempatan yang masih terjejas akibat banjir,” kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kepada Bernama di sini.

Di daerah Lipis, masih terdapat 41 mangsa melibatkan 10 keluarga di pusat pemindahan banjir.

Menurut jurucakap itu hanya Jalan Kuantan-Sungai Lembing iaitu di jambatan Sungai Caru masih ditutup kepada semua kenderaan.

Sumber:  Bernama

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,535

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 114
Tahun ini : 313237
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).