Kelantan terus bah, Pahang mula surut

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 14554

Banjir di beberapa kawasan di Kelantan tidak menunjukkan tanda surut, manakala kebanyakan mangsa di Pahang dan Sabah dibenarkan pulang apabila paras air kembali ke paras biasa.

Keseluruhannya, cuaca di Kelantan yang tidak menentu semalam menyebabkan air Sungai Golok melepasi tahap bahaya, sekali gus meningkatkan jumlah mangsa banjir sekitar daerah Pasir Mas, khususnya Rantau Panjang dan Tumpat.

Selain itu, banjir di Pahang dan Sabah yang semakin pulih menyaksikan lebih banyak jalan dibuka, manakala beberapa sekolah yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir dijangka dibuka untuk memulakan sesi persekolahan minggu depan.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan khususnya di Rantau Panjang dan Tumpat meningkat kepada 916 membabitkan 245 keluarga yang merangkumi 61 orang daripada 18 keluarga di Tumpat dan 866 orang daripada 227 keluarga di Pasir Mas.

Di Pahang, kebanyakan mangsa banjir di Kuantan dibenarkan pulang selepas lapan pusat pemindahan ditutup dan beberapa jalan dibuka kepada semua kenderaan.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata, hanya 23 mangsa membabitkan lapan keluarga di Pekan berada di dua pusat pemindahan.

Di Sabah, dua pusat pemindahan yang menempatkan 321 mangsa di daerah Pitas sejak Sabtu lalu ditutup semalam.

Pengerusi Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata peningkatan jumlah mangsa banjir hanya membabitkan penduduk kawasan rendah sekitar Tumpat dan Pasir Mas kerana Sungai Golok masih atas paras bahaya dan melimpah.

Berikutan itu banjir dan limpahan air dari hulu Sungai Golok kini mengalir ke hilir menyebabkan kampung yang terletak di kawasan rendah seperti Siram, Jeram Perdah, dan Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung mula dilanda banjir.

Sementara itu, 15 sekolah di Rantau Panjang dan Pasir Mas masih ditutup, manakala 23 sekolah rendah dan menengah lain yang ditutup sejak Ahad lalu kembali dibuka semalam.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Ghazali Ab Rahman, berkata di Pasir Mas, 11 sekolah masih ditutup, manakala di Tumpat, penutupan membabitkan empat sekolah, tetapi semua sekolah berkenaan dijangka dibuka semula mulai minggu depan.

Di Pahang, kebanyakan mangsa banjir di Kuantan dibenarkan pulang selepas lapan pusat pemindahan ditutup jam 4 petang semalam dan beberapa jalan dibuka kepada semua kenderaan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, berkata hanya 23 mangsa membabitkan lapan keluarga di Pekan berada di dua pusat pemindahan iaitu Balai Raya Kampung Acheh yang menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga dan Dewan Orang Ramai Asli Kampung Menchupu membabitkan enam orang daripada tiga keluarga.

Di Sabah, dua pusat pemindahan yang menempatkan 321 mangsa di daerah Pitas sejak Sabtu lalu ditutup semalam.


Sumber: Berita Harian

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,160

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 371
Tahun ini : 117862
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).