20 mangsa banjir masih di pusat pemindahan
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 08/01/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 14581
Seramai 20 orang mangsa banjir di Pekan masih ditempatkan di pusat pemindahan di daerah itu.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mereka adalah penduduk dari kampung Sungai Ganchong dan Kampung Aceh yang ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Aceh.
“Sehingga 9 pagi ini pusat pemindahan itu masih diduduki berikutan kawasan penempatan mereka berhampiran Sungai Pahang dan menyebabkan takungan air belum surut sepenuhnya,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata daerah lain yang terlibat dengan banjir sebelum ini pulih sepenuhnya
Sumber. BERNAMA