Banjir di utara Sarawak makin buruk

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 13/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 14556

Banjir semakin buruk di utara Sarawak dengan 72 penduduk Kampung Iran, termasuk kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Mentali, terpaksa dipindahkan berikutan paras air terus naik.

Semua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di dewan masyarakat di pekan kecil Sepupok.

Sementara itu, tujuh kampung di kawasan berdekatan termasuk di Bekenu kemungkinan akan dipindahkan jika paras air terus naik.

Kawasan terbabit ialah Kampung Sungai Sa'eh, penduduk di rumah panjang Jelani, Kampung Ulu Niah, rumah panjang Steven Kedu, Kampung Padang, Kampung Seberang dan Kampung Tanjong Belipat.

Pegawai Bilik Gerakan Banjir di Niah, George Tan, berkata sehingga tengahari tadi paras air di semua kawasan banjir masih belum menampakkan perubahan untuk surut.

Katanya, penduduk di kawasan berkenaan sudah diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga dan akan segera pindah jika perlu.

Sumber: Berita Harian

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,696

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 22
Hari Ini : 609
Tahun ini : 310398
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).