Banjir di Sabah ragut korban pertama

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 13/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 15859

Banjir di Sabah meragut nyawa pertama apabila seorang lelaki warga emas lemas dihanyutkan arus deras ketika menjala di Sungai Liu di Kampung Sungai Liu Laut di sini, pagi semalam.

Mosimil Sidangkang, 58, terkorban apabila hujan lebat di hulu sungai dipercayai merentap mangsa secara tiba-tiba ke tengah sungai sebelum dihanyutkan kira-kira 300 meter dari tempat mangsa menjala, kira-kira jam 10 pagi.

Mayat mangsa dijumpai anggota pasukan mencari dan menyelamat tersangkut di akar pokok kira-kira tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Pitas untuk bedah siasat.

Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Pitas, Sapdin Ibrahim, berkata mangsa dipercayai turun menjala sejak awal pagi tetapi tidak menyedari hujan lebat di hulu sungai yang menyebabkan arus menjadi deras.

"Ia adalah korban banjir pertama di daerah ini," katanya ketika ditemui selepas memberikan taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di Pejabat Daerah Pitas di sini.

Sementara itu, kira-kira 2,000 mangsa banjir di 30 kampung sekitar daerah berkenaan dipindahkan ke enam pusat pemindahan banjir sejak jam 5 petang semalam.

Kira-kira 600 ketua isi rumah bersama anggota keluarga masing-masing dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pitas II, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II, SK Dandun, SK Rukom, SK Pandan Mandamai dan SMK Pinggan-pinggan.

Sungai Bengkoka yang melimpah akibat hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa sungai kecil turut melimpah, sekali gus menyebabkan 30 kampung berkenaan dinaiki air setinggi kira-kira dua meter dengan sesetengah kawasan mencapai paras enam meter.

Antara jalan terputus hubungan akibat dinaiki air ialah Jalan Pitas-Kanibongan, Kabatasan-Dandun, Mempakad-Nibang dan Rosob-Dandun.

Bagaimanapun, laluan utama Pitas-Kota Marudu masih boleh dilalui semua jenis kenderaan walaupun dinaiki air setinggi kira-kira 0.15 meter sejak pagi tadi.

Sumber: Berita Harian

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,912

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 16
Hari Ini : 491
Tahun ini : 313614
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).