Paras air di Kuching makin surut

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/01/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 14636

Keadaan banjir yang melanda Sarawak sejak Jumaat lalu semakin pulih petang semalam dan sehingga jam 4.30 petang, seramai 6,629 mangsa membabitkan 1,188 keluarga masih berada di 34 pusat pemindahan yang masih aktif.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata daripada jumlah itu, seramai 3,040 mangsa membabitkan 582 keluarga di Kuching, manakala bakinya di Bau dan Serian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam Negeri berkata, jumlah mangsa semakin menurun berbanding kelmarin membabitkan 9,587 mangsa di 35 pusat pemindahan.

Katanya, ekoran keadaan cuaca baik dan air sungai yang semakin surut, jumlah mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing pada lewat petang dan tengah malam dijangka bertambah.

Sumber: Berita Harian

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,752

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 23
Hari Ini : 665
Tahun ini : 310454
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).