Bah di Perlis, 4 kampung dinaiki air

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 34196

\"\"
Petikan Gambar: Utusan Malaysia Online

PADANG BESAR: Banjir turut melanda Perlis dengan lebih 150 penduduk dipindahkan semalam, manakala beratus-ratus lagi dalam keadaan berjaga-jaga apabila empat kampung di Chuping dan Titi Tinggi dekat sini, ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak 48 jam lalu.

Sehingga jam 8 malam tadi, lebih 100 penduduk dari Kampung Batu Bertangkup, Kampung Sungai Buluh dan Kampung Panggas di Chuping dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Dewan Panggas.

Hampir 50 penduduk dari Kampung Titi Tinggi Hilir dipindahkan ke Dewan Titi Tinggi Hilir. Empat kampung terbabit ditenggelami air sedalam satu hingga dua meter.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Mansur Jusoh, berkata pihaknya menjangka beratus-ratus penduduk di sekitar Padang Besar akan dipindahkan ke pusat pemindahan jika hujan berterusan.

"Setakat ini, tiga pusat pemindahan yang dilengkapi segala keperluan, termasuk selimut, bantal dan makanan di Chuping dan Titi Tinggi sudah menampung 150 orang.

"Agensi penyelamat, termasuk bomba, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang bertungkus lumus memberi bantuan serta menyelamat mangsa banjir," katanya ketika ditemui dalam operasi menyelamat di Batu Bertangkup dekat sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan supaya operasi menyelamat dan bantuan kepada mangsa banjir diteruskan 24 jam bagi memastikan semua penduduk dalam keadaan selamat dan bersedia untuk dipindahkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, turut melawat mangsa banjir di empat kampung terbabit lewat petang semalam.

Petikan: Berita Harian Online

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,716

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 34
Hari Ini : 629
Tahun ini : 310418
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).