Gelombang pertama boleh jadi banjir besar

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 07/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 53140

 


Petikan Gambar: Utusan Malaysia Online

KOTA BHARU: Banjir gelombang pertama yang mula melanda Kelantan semalam, dikhuatiri boleh bertukar menjadi banjir besar sekiranya hujan lebat berterusan dengan kadar 30 hingga 100 milimeter (mm) selama tiga hari.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Wan Mohd Sulaiman Wan Ismail, berkata curahan hujan di negeri ini sejak Januari hingga Oktober lalu dianggarkan 75 peratus atau 2,400mm berbanding purata hujan tahunan sebanyak 2,700mm.

“Jika berdasarkan puratanya, Kelantan masih mempunyai baki 300mm hujan dan jika hujan berterusan dengan kadar kelebatan melebihi 30mm hingga 100mm dalam tempoh tiga hari tanpa henti, kita bimbang banjir besar akan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, peningkatan mendadak paras air semua sungai di negeri ini disebabkan hujan berterusan sejak empat hari lalu di seluruh kawasan hulu Kelantan selain pesisir pantai memberi petunjuk musim tengkujuh sudah bermula.

Petikan: Berita Harian Online

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,059

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 972
Tahun ini : 310761
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).