Jambatan utama runtuh

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 09/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 48857

PASIR PUTEH: Kira-kira 2,000 penduduk termasuk pelajar sekitar Banir Belikong dan Bukit Abal di sini, berdepan kesulitan apabila jambatan utama menghubungkan dua kampung itu runtuh akibat hakisan dan banjir, kelmarin.

Jambatan merentasi Sungai Bukit Abal itu, yang menjadi laluan penting kepada penduduk itu, kini hanya boleh dilalui pejalan kaki pada waktu siang, demi keselamatan.

Di Kuala Krai, lebih 1,000 penduduk Kampung Pemberian di sini, terputus hubungan apabila jambatan menghubungkan kampung itu dengan Kampung Manjor, di Jalan Kuala Krai - Gua Musang ditenggelami air sedalam 15 meter sejak tiga hari lalu.


Kejadian berlaku berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan beberapa hari sebelum ini, menyebabkan paras Sungai Galas naik mendadak.

Di Tumpat, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Kerajaan Pusat perlu memperuntukkan RM2 bilion bagi melaksanakan projek tebatan banjir di semua tebing Sungai Kelantan.

Katanya, buat masa ini RM300 juta diperuntukkan hanya untuk projek tebatan membabitkan Sungai Kelantan saja.

Petikan: Berita Harian Online

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,065

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 14
Hari Ini : 978
Tahun ini : 310767
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).