Hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 48831

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-kejap yang kadang-kala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Ahad ini hingga Khamis depan.

Daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, di Terengganu ialah di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang ialah di Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa semasa tempoh hujan lebat itu.


"Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan," katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Pahlawan bermula Ahad hingga Khamis.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

Petikan: Bernama.com

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,792

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 35
Hari Ini : 705
Tahun ini : 310494
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).