882 Orang Masih Berada Di Tiga Pusat Pemindahan

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 48122

ALOR SETAR, 12 Nov (Bernama) -- Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dan sehingga tengah hari Khamis, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 882 orang.

Kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan Gunong (596 orang), SK Titi Gajah (282 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor (empat orang).

Jurucakap Bilik Gerakan banjir bekata pusat pemindahan di SMK Kepala Batas yang sebelum ini menempatkan 93 orang ditutup pagi ini apabila kesemua mangsa dibenar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, paras air di Sungai Pantai Johor di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu 2.05 meter (bahaya 2 meter).

Petikan: BERNAMA online

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,736

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 25
Hari Ini : 649
Tahun ini : 310438
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).