Kerajaan Pusat Kaji Kaedah Jangka Panjang Atasi Masalah Banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 49861

ALOR SETAR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan pusat bersedia untuk meneliti laporan sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai cadangan untuk mengatasi masalah banjir di negeri Kedah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kaedah bagi mengatasi atau menangani masalah banjir di Kedah haruslah berbentuk perancangan jangka panjang kerana bencana ini berlaku hampir setiap tahun.

"Saya akan kaji dan teliti terlebih dahulu apa bentuk cadangan yang dibuat oleh perunding dan akan minta laporan daripada JPS," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

"Masalah banjir ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kawasan yang besar," katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata penduduk di kawasan yang dilanda banjir juga haruslah membuat persiapan kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir.

Katanya walaupun masalah banjir di negeri seharusnya diatasi oleh kerajaan negeri, namun kerajaan pusat terpaksa berusaha untuk mengatasi masalah itu kerana kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan mengenainya.

"Kami berpegang kata-kata - rakyat didahulukan, dan kami akan cuba mencari jalan mengatasi masalah banjir ini," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis lawatan di pusat penempatan banjir itu, Muhyiddin berkata kerajaan pusat sentiasa menghulurkan bantuan dan memberi ganti rugi terhadap kerosakan sawah padi dan ternakan.

"Saya sudah luluskan semua bantuan ganti rugi, termasuk walau seekor ayam sekalipun, tidak ada (permohonan ganti rugi) yang ditolak," kata beliau.

Petikan: BERNAMA.com

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,377

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 956
Tahun ini : 314079
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).