Mangsa banjir di Perak berkurangan
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 16/11/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 45617
IPOH: Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Perak berkurangan sehingga jam 6 petang ini , iaitu 545 orang berbanding 630 orang yang masih berada di tujuh pusat pemindahan.
Seramai 82 mangsa banjir, iaitu 72 orang dari daerah Larut Matang dan Selama serta 13 orang dari daerah Kerian, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi selepas keadaan banjir di kampung mereka pulih seperti biasa.
Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Kerian berkata, kampung terbabit ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu dan Kampung Sama Gagah.
Petikan: Berita Harian Online