Keadaan banjir di Kedah bertambah baik
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 16/11/2009 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 46135
ALOR SETAR: Keadaan di beberapa tempat yang dilanda banjir di Kedah bertambah baik apabila 172 orang penduduk yang dipindahkan dibenarkan pulang kerana air mulai surut di kawasan rumah mereka.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata, bilangan mereka yang masih berada di pusat penempatan banjir petang tadi ialah 1,621 orang berbanding 1,793 orang pada tengah hari tadi.
Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 723 orang daripada 209 keluarga, diikuti Kubang Pasu (474 orang daripada 119 keluarga), Bandar Baharu (280 orang daripada 61 keluarga), Pokok Sena (124 orang daripada 25 keluarga) dan Baling (20 orang daripada lapan keluarga).
"Semua mangsa banjir ditempatkan di 17 pusat pemindahan yang dibuka di seluruh negeri," kata jurucakap itu.
Paras air di dua sungai di Kota Setar bagaimanapun melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatat bacaan 3.84 meter (bahaya 3.80 meter) manakala Sungai Pantai Johor pula mencatatkan bacaan 2.42 meter (bahaya 2 meter).
Petikan: Berita Harian Online