Jumlah Mangsa Banjir Terus Bertambah Di Kedah

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 17/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 36791

ALOR SETAR, 17 Nov (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di enam buah daerah di Kedah terus meningkat kepada 1,664 orang pagi Selasa berbanding 1,621 orang pada Isnin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 876 orang daripada 254 buah keluarga berbanding 723 orang daripada 209 keluarga pada Isnin yang kini ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan.

Di daerah Kubang Pasu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan berkurangan kepada 358 orang dari 96 buah keluarga, katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Di daerah Pokok Sena, sebanyak 84 orang dari 20 buah keluarga masih berada di dua buah pusat pemindahan manakala di Baling dan Kulim, masing-masing hanya sebuah pusat pemindahan dibuka dengan jumlah mangsa sebanyak 30 orang daripada 11 keluarga.

"Bagi daerah Bandar Baharu pula, seramai 316 orang dari 69 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan," kata jurucakap itu.

Bagi bacaan paras air, hanya Sungai Pantai Johor Sahaja yang masih melebihi paras bahaya iaitu 2.29 meter (paras bahaya 2 meter) manakala sungai-sungai lain telah kembali di paras normal.

-- BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,143

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 19
Hari Ini : 1056
Tahun ini : 310845
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).