Mangsa banjir di Kedah menurun

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 18/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 38486

ALOR SETAR 17 Nov. - Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat-pusat pemindahan di negeri ini berkurangan kepada 1,588 orang berbanding 1,621 mangsa semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, sehingga kini 17 pusat pemindahan masih dibuka di lima daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Bandar Baharu dan Kulim.Menurutnya, jumlah paling ramai adalah di pusat pemindahan Kota Setar iaitu 876 mangsa daripada 254 keluarga.

"Di Kubang Pasu masih ada 352 mangsa yang menghuni tiga pusat pemindahan banjir di daerah tersebut."Di Pokok Sena, 59 mangsa masih tinggal di dua pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Jurucakap tersebut berkata, di Bandar Baharu pula masih terdapat 291 mangsa tinggal di empat pusat pemindahan banjir di sana."Di Kulim pula, 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di pusat pemindahan," jelasnya.

Petikan: Utusasn Malaysia Online

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,797

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 29
Hari Ini : 710
Tahun ini : 310499
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).