Banjir semakin pulih

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 26/11/2009 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 37613

KOTA BHARU 25 Nov. - Banjir yang melanda Kelantan sejak beberapa hari lalu kini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di 15 pusat pemindahan mula berkurangan kepada 2,300 orang.Keadaan cuaca agak baik sejak semalam dan paras air di semua sungai utama di negeri ini tidak lagi berada di paras bahaya kecuali Sungai Golok.

Laporan portal banjir negeri setakat pukul 6 petang ini menunjukkan hanya tiga jajahan lagi yang masih terjejas iaitu Jajahan Pasir Mas, Jajahan Tumpat dan Jajahan Kuala Krai.Menurut portal itu, seramai 1,257 penduduk daripada 328 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan banjir di Jajahan Pasir Mas meskipun kebanyakan kawasan kini pulih.

Jajahan Tumpat pula masih merekodkan 833 mangsa daripada 229 keluarga di pusat sembilan pusat pemindahan yang masih dibuka."Di Jajahan Kuala Krai hanya tinggal 210 mangsa daripada 44 keluarga yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di situ," lapor portal berkenaan.

Sementara itu, laman web banjir negeri menunjukkan semua bacaan paras air di sungai-sungai utama berada di bawah paras bahaya, namun beberapa sungai masih berada melebihi paras amaran.Sungai Golok di Jenob berada pada kedalaman 20.6 meter iaitu pada paras normal bagaimanapun di Rantau Panjang bacaannya masih pada paras 9.77 meter dan melebih paras bahaya.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Kusial dan Jeti Kastam juga berada di bawah paras bahaya tetapi masih di paras amaran iaitu masing-masing 14.67 meter dan 3.79 meter."Paras air Sungai Galas di Dabong berada pada kedalaman 31.71 meter iaitu di atas paras amaran bagaimanapun tidak melebihi paras bahaya," jelas laman web itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Rantau Panjang mendapati kompleks perniagaan di situ pulih sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa.Laluan di sepanjang jalan menuju ke Kompleks Kastam di pintu sempadan Malaysia-Thailand kembali sesak di kedua-dua arah ekoran jumlah kenderaan yang keluar masuk bertambah.

Petikan: Utusan Malaysia.com

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,109

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 22
Hari Ini : 1022
Tahun ini : 310811
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).